Tarikh-Tarikh Penting
- Pendaftaran kumpulan dibuka: 01/03/21 (Isnin)
- Pendaftaran kumpulan ditutup: 19/06/21 (Sabtu)
- Pertandingan: 03/07/21 (Sabtu), 09:00 - 11:00 pagi (GMT+8)
- Pengumuman keputusan: 17/07/21 (Sabtu)
- Penghantaran sijil & hadiah: 17/08/21 (Selasa)
Apakah PPKomp?
PPKomp (Pertandingan Pengaturcaraan Komputer) adalah pertandingan tahunan pengaturcaraan komputer untuk pelajar sekolah dan pelajar kolej/universiti di Malaysia. Pertandingan ini merupakan anjuran bersama Fatihah Education Consultants dan Kulliyyah of ICT, International Islamic University Malaysia. Ianya adalah pertandingan penyelesaian masalah secara individu dan setiap peserta perlu menyelesaikan masalah diberi menggunakan bahasa pengaturcaraan.
Objektif Pertandingan
Latihan
Menarik Minat
Pengalaman Bertanding
Aplikasi
Penyelesaian Masalah
Pengayaan
Format Pertandingan
Pertandingan adalah secara online. Kemudahan asas yang diperlukan: komputer/laptop, internet, dan wayar sambungan elektrik. Pertandingan diadakan di sekolah/kolej sendiri, dipantau oleh guru/pensyarah yang ditugaskan sebagai pengurus kumpulan. URL set masalah akan dihantar melalui email peserta semasa hari pertandingan.
Terdapat 6 masalah diberikan semasa pertandingan. Set masalah dibuat dalam 2 bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Setiap masalah mungkin mempunyai markah yang berbeza. Masa yang diperuntukkan adalah 2 jam. Jika terdapat lebih dari seorang peserta yang mendapat penyelesaian betul, peserta yang menghantar penyelesaian paling awal dikira sebagai pemenang. Keputusan juri adalah muktamad.
Pertandingan adalah secara individu, menggunakan bahasa pengaturcaraan. Peserta boleh memilih sama ada ingin menggunakan bahasa Python, Java, JavaScript, PHP, C, C++, C#, VB.Net, atau Ruby. Peserta dibenarkan membawa pen, kalkulator, dan kertas A4 untuk pengiraan, merangka, atau melukis algoritma. Buku teks, buku rujukan, dan nota-nota dalam bentuk hardcopy atau softcopy (yang disimpan di dalam komputer sendiri) DIBENARKAN untuk digunakan sepanjang pertandingan.
Rujukan/tutorial di internet dan carian google adalah:
1. dibenarkan untuk peserta kategori Bongsu, Kecil, Muda, dan Tengah.
2. TIDAK dibenarkan untuk peserta kategori Sulung (mempertimbangkan pengalaman dan pendedahan pelajar universiti yang luas).
Peserta TIDAK dibenarkan berbincang tentang masalah/penyelesaian dengan pihak luar atau peserta lain. Peserta TIDAK dibenarkan pos penyelesaian atau berkongsi penyelesaian pada hari pertandingan. Peserta juga TIDAK dibenarkan menggunakan sebarang aplikasi chat/sms untuk mengelakkan penipuan dalam pertandingan.
Contoh Masalah
Diberi luas dan tinggi sebuah segitiga. Anda dikehendaki mencari panjang bagi tapak segitiga tersebut.
Format input:
Dua baris input.
Baris pertama mengandungi nombor A , yang mewakili luas segitiga.
Baris kedua mengandungi nombor H, yang mewakili tinggi segitiga.
Contoh input:
600
30
Untuk kes ujian di atas, output yang dikeluarkan sepatutnya:
40
Penerangan:
luas segitiga = 600
tinggi segitiga = 30
maka panjang tapak segitiga = 40
luas segitiga = 1/2 x tapak x tinggi = 1/2 x 40 x 30 = 600
Masalah sebenar yang perlu diselesaikan peserta akan mempunyai beberapa kes ujian yang berbeza; dengan nilai A sehingga 500,00 dan nilai H sehingga 1,000.
Peserta sangat digalakkan untuk membuat latihan di bawah sebelum pertandingan bermula untuk membiasakan diri dengan persekitaran pertandingan.
Contoh Masalah Pertandingan
MRSM Code Wars 2019
PPKomp 2020 (my) PPKomp 2020 (en)
Kategori
Terdapat 6 kategori pertandingan.
Bongsu
- 12 tahun dan ke bawah (murid sekolah rendah).
Kecil
- 13-15 tahun (tingkatan 1-3).
Muda
- 16-17 tahun (tingkatan 4-5, atau setara).
Tengah
- Pra-universiti (tingkatan 6, matrikulasi, A-level, diploma, atau setara).
Sulung
- Universiti (pelajar ijazah sarjana muda dan ke atas).
Guru
- Kategori khas untuk pendidik yang berminat untuk bertanding.
- Terbuka kepada semua cikgu, pensyarah, tutor, jurulatih dsb.
Anugerah & Sijil
Anugerah akan diberi kepada 10% peserta teratas mengikut kategori.
Anugerah Emas
- 2% peserta teratas
Anugerah Perak
- 3% peserta berikutnya
Anugerah Gangsa
- 5% peserta berikutnya
Sijil Sanjungan Kehormat
- 20% peserta berikutnya
Sijil Penyertaan
- akan diberi kepada semua peserta yang lain
Anugerah Kumpulan
- 5 peserta dengan markah tertinggi dari setiap kumpulan akan dikumpulkan markahnya
- Kumpulan dengan markah terkumpul tertinggi akan menerima anugerah kumpulan
Peserta wajib menghantar (gunakan button "Submit Code") sekurang-kurangnya satu penyelesaian (tidak kira sama ada penyelesaian yang dihantar betul/salah).
Peserta yang langsung tidak menghantar penyelesaian semasa pertandingan berlangsung atau tidak menghadirkan diri semasa pertandingan tidak layak mendapat sijil penyertaan walaupun telah membayar yuran penyertaan.
Syarat-Syarat Pertandingan
PPKomp terbuka kepada semua pelajar yang belajar di Malaysia atau pelajar Malaysia yang belajar di luar negara.
Pertandingan akan dilaksanakan menggunakan sistem online Hackerrank. Peserta diwajibkan mendaftar akaun Hackerrank dengan menggunakan email sendiri yang masih aktif.
Bayaran
Yuran yang dikenakan adalah:
- peserta kumpulan: RM20 untuk setiap peserta.
- peserta persendirian: RM50 untuk setiap peserta.
Setiap peserta boleh mendaftar di bawah kumpulan masing-masing (sekolah / kolej / universiti / pusat tuisyen).
Jika sekolah/kolej/universiti peserta tidak mengambil bahagian, peserta boleh mendaftarkan diri sebagai peserta persendirian.
Bayaran boleh dibuat secara atas talian ke akaun seperti berikut:
Nama Akaun: Fatihah Education Consultants
Bank: CIMB Bank Berhad (cawangan Taman Seri Gombak)
No Akaun: 8602415682
Peserta yang telah mendaftar tetapi gagal menyertai pertandingan pada tarikh yang ditetapkan:
1. tidak boleh menuntut kembali yuran pendaftaran, dan
2. tidak akan diberi sijil penyertaan.
Prosedur Pertandingan
1a. Pendaftaran Kumpulan*
- Kumpulan boleh terdiri daripada sekolah, kolej, universiti, pusat latihan, atau pusat tuisyen.
- Pendaftaran kumpulan boleh dibuat oleh pengurus kumpulan masing-masing (kebiasaannya guru/pensyarah/pegawai yang dilantik).
1b. Pendaftaran Peserta Persendirian*
- Peserta yang mana sekolah/kolej/universiti/ pusat tuisyennya tidak mengambil bahagian dalam pertandingan boleh mendaftarkan diri sebagai peserta persendirian.
*Setiap peserta hanya boleh memilih salah satu sahaja, sama ada mahu mendaftarkan diri di dalam kumpulan atau mendaftarkan diri sebagai peserta persendirian.
2. Akaun HackerRank
- Setiap peserta mesti ada akaun HackerRank. Boleh gunakan akaun HackerRank lama atau boleh daftar akaun baru.
- Gunakan email yang masih aktif semasa pendaftaran HackerRank.
- Sila beri username HackkerRank kepada pengurus kumpulan yang membuat pendaftaran kumpulan.
- Username HackerRank berada di penjuru atas-kanan selepas peserta berjaya login akaun HackerRank.
3. Borang Pendaftaran
- Borang pendaftaran hanya perlu diisi oleh pengurus kumpulan atau peserta persendirian sahaja.
- Download borang pendaftaran di www.ppkomp.com.my/pendaftaran.htm.
- Pengurus kumpulan hanya perlu isi borang pendaftaran kumpulan sementara peserta persendirian hanya perlu isi borang pendaftaran peserta persendirian.
- Daftarkan semua nombor kad pengenalan peserta dan nama peserta.
- Pengurus kumpulan boleh membuang atau menambah peserta dari masa ke semasa sebelum tarikh tutup pendaftaran.
4. Buat bayaran.
5. Hantar borang yang lengkap dan bukti pembayaran sama ada melalui Telegram @fatihahEdu atau email kepada info@ppkomp.com.my (salah satu sahaja).
6. Pengurus kumpulan akan dimasukkan dalam satu kumpulan Telegram yang dibangunkan oleh penganjur untuk berurusan semasa pertandingan.
7. Latihan Persediaan
- Link latihan persediaan: www.ppkomp.com.my/latihan.htm.
- Peserta sangat digalakkan untuk membuat latihan bagi membiasakan diri dengan persekitaran pertandingan sebelum pertandingan sebenar bermula.
- Link jawapan latihan akan diemail kepada setiap peserta mengikut senarai email yang telah diisi pada borang pendaftaran.
8. Link soalan pertandingan akan diemail kepada setiap peserta pada hari pertandingan.
9. Tempat Pertandingan
- Pengurus kumpulan menjalankan pertandingan di tempat masing-masing.
- Peserta daripada sekolah/kolej/universiti yang ditutup kerana cuti atau kes Covid-19 perlu mengambil bahagian dari rumah masing-masing.
10. Pengurusan Pertandingan
- Peserta dinasihatkan bersedia 30 minit sebelum pertandingan bermula.
- Peserta tidak dibenarkan pos penyelesaian atau berkongsi penyelesaian pada hari pertandingan.
- Pengurus kumpulan bertanggungjawab untuk mencari tempat yang sesuai untuk menjalankan pertandingan.
- Pengurus kumpulan bertanggungjawab memastikan SOP Covid-19 dipatuhi sebelum, semasa, dan selepas pertandingan.
- Pengurus kumpulan bertanggungjawab untuk menguatkuasakan peraturan pertandingan, terutamanya dalam memastikan peserta tidak membincangkan masalah/penyelesaian atau menipu semasa pertandingan.
- Jika terdapat peserta yang melanggar peraturan pertandingan, sila maklumkan kepada pihak kami dengan segera (selewat-lewatnya 3 hari selepas pertandingan).
11. Selepas Pertandingan
- Keputusan rasmi pertandingan akan diumumkan 14 hari selepas pertandingan tamat.
- Jika ada kesilapan pada keputusan pertandingan, sila maklumkan pihak penganjur dengan segera.
- Sijil dan hadiah peserta kumpulan akan diposkan mengikut nama dan alamat pengurus pertandingan seperti pada borang pendaftaran 30 hari selepas keputusan rasmi diumumkan.
- Sijil dan hadiah peserta persendirian akan diposkan mengikut alamat yang diisi pada borang pendaftaran peserta persendirian.
Hubungi Kami
Sebarang pertanyaan tentang PPKomp, sila hubungi kami melalui email info@ppkomp.com.my atau Telegram @fatihahEdu