Peserta kena guna bahasa pengaturcaraan apa?

Terpulang kepada peserta nak guna bahasa apa. Jika dia mahir guna Python, boleh guna Python. Jika dia mahir lebih daripada satu bahasa, dia boleh pilih nak guna yang mana peserta nak.
Antara bahasa yang ada setakat ni: C, C++, C#, Java, JavaScript, PHP, Python, VB.Net, Ruby.
Bahasa yang tiada: Visual Basic, VBScript, Scratch.
Jika peserta ada permintaan selain dari bahasa atas ni, boleh maklumkan kepada kami untuk penambahan bahasa.

Boleh.

Boleh. Pelajar tingkatan 4 yang belajar ASK tahun lepas sangat digalakkan serta sama. Pelajar tingkatan 4 dan pelajar tingkatan 3 akan masuk dalam kategori yang berbeza.

Pertandingan ini terbuka kepada semua. Di dalam subjek RBT, pelajar ada belajar cara memprogramkan microcontroller arduino menggunakan bahasa pengaturcaraan C/C++. Ini bermakna topik pengaturcaraan ada diserapkan di dalam kedua-dua subjek sama ada ASK/RBT di dalam silibus KSSM.
Ahli kelab robotik juga belajar memprogramkan robot menggunakan bahasa pengaturcaraan C/C++.

Tiada had minimum atau maksimum peserta. Setiap kumpulan boleh mendaftar seberapa ramai peserta, tetapi hanya 5 peserta terbaik yang akan mewakili kumpulan untuk anugerah kumpulan terbaik.

Boleh. Pelajar tersebut boleh tumpang bertanding di tempat cikgu yang tolong daftarkan dia.
Selain itu, pelajar tersebut juga boleh mendaftarkan diri sebagai peserta persendirian.

Jika dah mendaftar, apa yang perlu peserta buat?

Peserta digalakkan praktis soalan latihan pada link website kami, untuk membiasakan diri dengan persekitaran Sistem HackerRank dan membiasakan diri dengan contoh soalan pertandingan.

selection (if-else, nested if-else, ...)
iteration (loop, nested loop, ...)
asas list/array
Topik lanjutan seperti OOP, struktur data, maths discrete tidak diuji dalam pertandingan ini.

Peserta perlu mahir dalam sekurang-kurangnya satu bahasa pengaturcaraan.
Peserta perlu mahir menyelesaikan masalah.
Peserta juga perlu mahir menggunakan carian Google untuk mencari function yang sesuai digunakan bagi menyelesaikan masalah yang diberi.

Pelajar sekolah akan mendapat markah PAJSK jika program PPKomp 2025 mendapat kebenaran BSKK, KPM. Markah PAJSK peringkat apa hanya akan diketahui selepas pihak BSKK, KPM menilai laporan pertandingan selepas tamatnya pertandingan ini.